Bahawa kami warga SJK(C) Kampung Valdor berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan kami seperti berikut :-
Murid
Ø Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil.
Ø Melahirkan insan cemerlang yang seimbang dan harmonis
dari segi jasmani ,emosi, rohani dan intelek.
Ø Memastikan pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti
yang telah dirancang mengikut jadual waktu.
Ø Menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
suasana gembira , selesa dan kondusif.
Ø Melaksanakan pelbagai ikhtiar untuk mencapai prestasi yang
membanggakan dari segi kuantiti dan kualiti dalam UPSR.
Ø Memastikan sumber-sumber sekolah digunakan sepenuhnya
untuk kepentingan murid dan pendidikan.
Ø Menitikberatkan kebajikan dan keselamatan murid.
Ø Memastikan semua rekod sekolah dan murid dikemaskan dari
semasa ke semasa dan disimpan di tempat yang selamat.
Staf
Ø Memastikan kebajikan staf dijaga dengan baik.
Ø Mewujudkan suasana kerja yang selesa dan kondusif.
Ø Memastikan masalah staf diambil tindakan segera.
Ø Memastikan semua pandangan serta teguran yang membina
daripada semua staf didengar dan dipertimbangkan.
Ø Memastikan kelengkapan dan peralatan untuk kegunaan
semasa bertugas dibekalkan dengan secukupnya.
Waris
Ø Memastikan setiap ibu bapa diberi layanan yang adil dan mesra.
Ø Menyakinkan ibu bapa setiap aduan akan disiasat dan maklum
balas akan diberi secepat mungkin.
Ø Menjalinkan hubungan yang baik dan mesra dengan ibu bapa.
Ø Menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina.
Kementerian Pelajaran Malaysia
Ø Mematuhi dan melaksanakan tanggungjawab dengan baik dan
sempurna menurut Akta Pendidikan, Dasar-Dasar Kerajaan,
Arahan Ketua Organisasi dan Pekeliling Perkhidmatan Awam
dan Ikhtisas.